Benarkah jika kurang tidur, otak boleh rosak?

STOCKHOLM – Satu kajian yang dijalankan sebuah universiti Sweden mendapati, individu yang tidak tidur semalaman boleh berdepan kerosakan otak, sama seperti kesan dipukul di bahagian kepala.

Menurut penyelidik, kajian yang dijalankan ke atas belia lelaki yang tidak tidur atau insomnia menunjukkan peningkatan dalam jumlah kimia yang sama seperti kerosakan otak.

Pensyarah Universiti Uppsala, Profesor Christian Benedict berkata, bahan kimia NSE dan S-100B di dalam kepala merupakan petunjuk bagi kerosakan otak contohnya yang mengalami gegaran.

Menurut penemuan kajian, jumlah dua bahan kimia itu yang berada dalam darah responden meningkat jika mereka ‘beradu’ semalaman.

Semasa tidur, otak menjalankan tugas pembersihan daripada bahan toksik, manakala bahan kimia NSE serta S-100B meningkat sebagai tindak balas kepada bahan-bahan tersebut,” katanya.

Benedict berkata, penemuannya itu menyokong penyelidikan sebelum ini yang menyatakan bagaimana otak menggunakan waktu tidur untuk melakukan tugas pembersihan.

Selain itu katanya, penemuan tersebut turut menyokong kajian sebelum ini yang mengaitkan insomnia dengan risiko mendapat penyakit nyanyuk, Parkinson dan penyakit sclerosis.

Sebagai rumusan tambahnya, penemuan kajian itu menunjukkan tidur yang cukup pada waktu malam amat penting untuk mengekalkan kesihatan otak.

LEADERSHIP IS AN ACTION, NOT A POSITION –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *