Readings-en

Penyakit Keturunan Mungkin Bermula Dari Anda.

Kata kunci: Chemical Hazards Effect, SDS, TLV, PEL, Central Nervous System, Autism, mutegenik

Seorang wanita yang mengidap penyakit ovari mungkin mewarisi penyakit itu daripada nenek yang terdedah kepada bahan toksik beberapa dekad yang lalu, ini merupakan penemuan kajian oleh penyelidik Washington State University. Epigenetic transgenerational inheritance, terma ini merujuk kepada pendedahan terhadap persekitaran yang akhirnya menyebabkan perubahan genetik seseorang lalu diwariskan ke generasi seterusnya.

Setiap hari ramai pekerja terdedah kepada pelbagai bahan kimia dalam pelbagai bentuk (cecair, wasap, debu dln) tanpa sedar tentang kesan risiko pendedahan pada bahan kimia di tempat-tempat seperti makmal, kilang, perlombongan, hospital, bengkel, tapak pembinaan, pertanian, pam minyak, pelantar minyak dan sebagainya. Tidak ramai juga yang ambil tahu atau tidak hiraukan pengelasan sesuatu bahan kimia pada Seksyen 2: Pengenalpastian Hazard (Hazard Identification) di Pertanyaan Hazard (Hazard Statement) pada Helaian Data Keselamatan (Safety Data Sheet) akronim SDS. Sekadar maklumat tambahan, Kesan Hazard Bahan Kimia (Chemical Hazards Effect) dikategorikan kepada Merengsa (irritant), Mengakis (corrosive), Harmful, toksik, Karsinogenik dan Mutagenik. Namun tidak ramai pernah dengar tentang Neurotoksik. Sebelum kita pergi kepada Neurotoksik, mari kita lihat beberapa contoh bahan kimia dan kesan hazard atas kesihatan:

No

Jenis bahan kimia

Sumber

Kesan hazard bahan kimia

1

Benzene

Petroluem

karsinogenik

2

Toluene

Petroluem

neurotoksik

3

Ethylbenzene

Petroluem

karsinogenik

4

n-hexana (n-hexane)

Petroluem

neurotoksik

5

Arsenik

Logam

karsinogenik

6

Kromium-6

Logam

karsinogenik

Bercakap tentang pendedahan, apa yang dimaksudkan dengan pendedahan yang sebenat? Bagaimana nak mengenalpasti kita telah terdedah pada risiko tu?

Sebelum tu, jom kita menyingkap sejarah tentang standard pendedahan yang ditetapkan. Pada tahun 1940, American Conference of Governmental Industrial Hygienists (ACGIH) memperkenalkan garis panduan industri yang dikenali sebagai “nilai had ambang” (Threshold Limit Value (TLV)) dan termasuk purata kewajaran masa 8 jam (8-hours-time-weighted average).

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Nilai had ambang (TLV) adalah tahap pendedahan dimana orang yang terdedah mula mendapat kemudaratan. Manakala, Total Weightage Average 8 hours (TWA8) adalah tahap pendedahan yang dipuratakan dalam jangkasamasa tempoh 8 jam.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Selain itu, garis panduan had pendedahan yang dibenarkan (permissible exposure limit (PEL)) juga diperkenalkan oleh sesuatu organisasi dan ini boleh didapati daripada peraturan yang digazetkan oleh kerajaan, juga dikenali sebagai PEL Malaysia. Namun, penggunaan TLV lebih disyorkan. Bagi mengenalpasti seseorang telah tercemar dengan bahan kimia, penilaian ini hanya boleh dibuat oleh Pengapit yang bertauliah (certified Assessor) dan disahkan oleh Doktor Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health Doctor).

Berbalik pada kisah neurotoksik, definasi adalah merujuk kepada keupayaan merangsang kesan sampingan pada sistem saraf pusat (central nervous system), sistem saraf periferal atau organ deria. Bahan kimia ini dianggap sebagai neurotoksik jika ia mampu mendorong ketidakfungsian neural atau perubahan dalam kimia atau struktur sistem saraf. Kesannya adalah kecacatan perkembangan neuro termasuk termasuk autisme, gangguan kecacatan hiperaktif, disleksia, dan masalah kognitif yang lain, menjejaskan berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia. Sejak tahun 2006, kajian epidemiologi telah mendokumentasikan enam tambahan bahan kimia kategori neurotoksin seperti manganese, fluoride, chlorpyrifos, dichlorodiphenyltrichloroethane, tetrachloroethylene dan polybrominated diphenyl ethers (Dr Philippe Grandjean MD, et. al., 2014).

Bayangkan jika lebih ramai yang tak tahu tentang kesan hazard kesihatan pada bahan kimia yang mempunyai neurotoksik ni, gangguan perkembangan neuro ini boleh menjejaskan 10-15% daripada seluruh kelahiran di dunia! Walaupun root cause gangguan perkembangan neuro berpunca daripada 30 – 40% faktor genetik, namun bukti yang kuat mengatakan bahawa bahan kimia industri yang disebarkan secara meluas dalam alam sekitar adalah penyumbang penting kepada apa yang kita panggil pandemik-global-senyap dari ketoksikan dan kesannya pada perkembangan neuro individu. – MFM

– LEADERSHIP IS AN ACTION, NOT A POSITION –

INTelligent, INTegrated and INTeractive EHS Solutions (IntESH)

Sumber;

http://www.spokesman.com/stories/2012/jun/05/researcher-exposure-to-toxins-can-alter-dna/

http://www.panna.org/blog/inheriting-disease-one-pesticide-time

Leave a Reply

You have to agree to the comment policy.