Mengenalpasti hazad di tempat kerja merupakan langkah paling asas dalam proses pengurusan risiko pekerjaan. Samada HIRARC, HAZOP, HAZID atau apa-apa juga pendekatan yang digunakan, sekiranya berlaku kegagalan atau kesilapan dalam proses menyenaraikan hazad, keseluruhan pengurusan risiko mungkin terjejas dan objektif untuk menghapuskan atau mengurangkan kadar risiko pekerjaan mungkin tidak akan sempurna pencapaiannya.
Oleh yang demikian, adalah begitu penting buat pengamal keselamatan dan kesihatan memastikan proses asas ini dilakukan dengan begitu teliti. Bermula dengan ketetapan definasi dan pengkategorian hazad yang besesuaian dan selari dengan keperluan organisasi. Terdapat beberapa sumber definasi bagi hazad yang boleh dirujuk untuk dijadikan panduan. Antara lain;
Piawaian OHSAS 18001 yang mentakrifkan hazad sebagai “sumber, keadaan, atau tindakan dengan potensi untuk memudaratkan dari segi kecederaan ke atas manusia atau kesihatan yang tidak baik, atau gabungannya.” Manakala ISO / DIS 45001 mentakrifkan hazad sebagai “sumber atau keadaan yang berpotensi menyebabkan kecederaan dan kesihatan diri” (Definisi 3.19) DOSH pula melalui garis panduannya menyatakan hazad bermaksud sumber atau keadaan yang berpotensi untuk membahayakan dari segi kecederaan manusia atau kesihatan yang buruk, kerosakan kepada harta benda, kerosakan kepada alam sekitar atau gabungan ini. Tiada perbezaan yang begitu jelas antara takrifan-takrifan ini kecuali tentang ‘tindakan tidak selamat’ (unsafe act) yang dikira sebagai suatu hazad. Hanya definasi yang diberi oleh OHSAS 18001 jelas menunjukkan bahawa piawaian ini menerima tindakan tidak selamat sebagai suatu hazad (contohnya; tidak fokus ketika mengendali jentera)
Walaupun garis panduan oleh DOSH tidak menyatakan secara jelas bahawa ‘tindakan tidak selamat’ adalah sebahagian dari hazad, tetapi terma ‘bekerja seorang diri’ telah digunakan sebagai contoh untuk menerangkan hazad pekerjaan (Appendik A dalam garis panduan). Begitu banyak perbincangan berkenaan takrifan hazad yang dilihat sedikit mengelirukan akibat dari sumber rujukan yang berbeza serta pemahaman dari pelbagai sudut pandang.
Perlu diingatkan bahawa, walau apa jua takrifan yang digunakan, objektif pengurusan risiko tetap sama. Iaitu memastikan bahawa setiap orang yang datang bekerja boleh pulang dengan selamat dan sihat, begitu juga dengan orang-orang lain yang mungkin terjejas akibat dari pekerjaan yang dilakukan. Mungkin cara terbaik untuk merekodkan hazad dalam proses pengurusan risiko ialah dengan menjelaskan kedua-dua perkara perkara berikut;
2. Tingkah laku atau tindakan orang yang meningkatkan risiko kemudaratan
Dengan demikian terma hazad yang digunapakai akan memuaskan kesemua piawaian dan garispanduan- Teruskan bersama IntESH untuk mengikuti perbincangan selanjutnya berkenaan kumpulan dan kategori hazad
———————————————————————————————–
Segala isi kandungan di dalam artikel ini adalah hak milik IntESH Group dan pemberi maklumatnya. Apa-apa bentuk penggunaan pihak lain termasuklah peniruan, pengubahsuaian, pengedaran dan penyiaran tanpa kebenaran pihak IntESH Group adalah salah di sisi undang-undang cyber.
PENAFIAN: IntESH tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada artikel ini.
Hakcipta Terpelihara 2016 © IntESH Group
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment *
Name *
Email *
Website
Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.
Post Comment
Δ