Segi Tiga Kemalangan

Segitiga kemalangan atau juga dikenali sebagai piramid kemalangan merupakan satu infografik yang memberi kefahaman tentang hubungkait antara kemalangan besar dengan kejadian-kejadian kemalangan yang lebih kecil.

Sejarah perkembangan serta penggunaan setitiga kemalangan sebagai suatu teori penyebab kemalangan telah dipelopori oleh Herbert W. Heinrich pada tahun 1931 melalui bukunya ‘Industrial Accident Prevention: A Scientific Approach‘ Segitiga kemalangan yang pertama diperkenalkan oleh Herbert Heinrich menunjukkan bahawa bagi setiap kemalangan yang mengakibatkan kematian atau kecederaan parah, terdapat kira-kira 300 kejadian yang nyaris mengakibatkan kemudaratan.

Usaha Heinrich kemudiannya dikembangkan oleh Frank E. Bird pada tahun 1970. Frank E. Bird yang bekerja untuk Syarikat Insurans Amerika Utara telah menganalisis lebih daripada 1.7 juta kes kemalangan yang dilaporkan oleh 297 syarikat. Melalui kajian serta analisa tersebit, beliau mendapati bahawa nisbah kemalangan yang dilaporkan adalah; Bagi setiap kemalangan utama yang dilaporkan (mengakibatkan kematian, kecacatan, kehilangan masa atau rawatan perubatan), terdapat 9.8 kemalangan yang mengakibatkan kecederaan ringan dilaporkan (memerlukan hanya pertolongan cemas). Analisis turut menunjukkan bahawa 30.2 kemalangan kerosakan harta dilaporkan untuk setiap kemalangan utama. Akhir sekali kajian mendapati kira-kira 600 insiden telah berlaku sebelum satu kemalangan utama yang dilaporkan. Usaha mengembangkan teori segitiga kemalangan tidak terhenti disitu.

Sebaliknya pada tahun 2003, ConocoPhillips Marine melakukan kajian serupa yang membuktikan perbezaan besar dalam nisbah kemalangan serius dan yang serupa. Kajian mendapati bahawa untuk setiap satu kematian terdapat sekurang-kurangnya 300,000 tingkah laku berisiko, yang ditakrifkan sebagai aktiviti yang tidak konsisten dengan program keselamatan, latihan atau peraturan keselamatan. Kajian secara berterusan juga telah mendapati selain dari tinggah laku berisiko, keadaan persekitaran yang tidak selamat juga merupakan punca-punca asas kepada kemalangan serius.

Melalui kefahaman terhadap konsep serta nilai segitiga kemalangan, kita sedar bahawa mengawal tingkah laku berisiko dan persekitaran tidak selamat adalah merupakan perkara paling asas dalam mencegah kemalangan serta kemudaratan di tempat kerja. Program pemeriksaan keselamatan di tempat kerja merupakan salah satu kaedah yang paling berkesan untuk memantau tingkah laku dan persekitaran selamat di tempat kerja. Lebih banyak tingkah laku negatif dan persekitaran tidak selamat yang ditemui dan dibetulkan, lebih rendah potensi untuk suatu kemalangan serius akan berlaku. IntESH telah menyediakan SmarTool, iaitu sistem perisian yang boleh membantu majikan untuk melaksanakan program pemeriksaan keselamatan tempat kerja secara sistematik dan di atas talian. Sistem ini memudahkan majikan untuk merancang pemeriksaan dan menugaskan pekerja untuk merekod penemuan tingkah laku dan persekitaran tempat kerja terus dari telefon pintar mereka ke dalam pengkalan data. Data yang direkodkan akan terus di analisa bagi memberikan maklumat yang perlu untuk mengawal risiko di tempat kerja.