Nilai Tambah Kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kepada Belia

Kata kunci: Kelayakan akademik; kelayakan kompetensi (profesional); sijil akademik; sijil kompetensi; teori; pengetahuan; pemahaman; pengalaman praktikal; amalan profesional

Sekiranya anda mencari pekerjaan, Curriculum Vitae (CV) atau resume anda tidak lengkap tanpa menyatakan kelayakan pendidikan anda, yang juga dikenali sebagai kelayakan akademik. Namun, pernah tak anda tertanya-tanya, apakah perbezaan antara Kelayakan Akademik dan Kelayakan Kompetensi?

Kelayakan akademik seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), diploma, jazah serta pelajar dan graduan-graduan universiti dan kolej adalah melibatkan kajian subjek dengan disiplin akademik, pendekatan teoritikal yang terperinci dan khusus kepada isu-isu dan pecahan dari aplikasi pengetahuan setiap hari dan tumpuan pada penyelidikan (sehingga ke peringkat PhD). Laluan akademik memberi tumpuan kepada teori dan bukannya aplikasi praktikal. Mereka diiktiraf di peringkat global sebagai suatu standard pendidikan dan mengekalkan piawaian industri yang tinggi.

Berbeza dengan kelayakan kompetensi, sijil kompetensi atau profesional ini dikeluarkan oleh badan pengiktirafan tertentu bagi mengesahkan pemohon yang berjaya adalah berkelayakan dan berkebolehan dengan pengalaman yang mencukupi dalam persekitaran kerja untuk membuat keputusan operasi penting yang berkaitan dengan kedudukan atau jawatan mereka.

Tujuan kelayakan akademik adalah sumbangan kepada pengetahuan khusus pelajar tentang subjek tetapi tidak semestinya mengaplikasikan dalam pekerjaan. Manakala tujuan sijil kompetensi (profesional) adalah untuk memberikan pengetahuan, pemahaman dan pengalaman praktikal kepada peserta untuk membolehkan peserta menggunakan pengetahuan secara praktikal, dalam amalan profesional.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Ini jelas membawa kepada satu set kemahiran yang berbeza antara sijil akademik dan sijil kompetensi, masing-masing dengan tujuan dan konteks yang berlainan untuk dunia pekerjaan.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Kelayakan kompetensi mengesahkan pemilikan pengetahuan dan kemahiran penting dalam industri tertentu. Mereka memberikan waranti kepakaran, bukti prestasi, disebabkan sifat latihan dan fakta bahawa ia dibina atas analisis amali. Sebaliknya kelayakan akademik tidak mengesahkan kecekapan dan tidak berdasarkan analisa amalan sistematik atau formal. Ia hanya mengesahkan bahawa pelajar telah berjaya mempelajari teori di sebalik amalan tersebut.

Kelebihan utama untuk kelayakan akademik adalah mempunyai nilai kreativiti yang lebih besar dan keupayaan untuk melihat masalah dari sudut yang berbeza yang mungkin tidak pernah terlintas oleh minda profesional. Profesionalisme sering ditetapkan dengan cara yang betul untuk melakukan sesuatu tetapi mungkin bukan cara terbaik untuk melakukan ini dalam situasi tertentu. Kemahiran teori akademik membolehkan fleksibiliti pemikiran ini, namun penerapan fleksibiliti ini kadang-kadang dapat dicari.

Kelayakan kompetensi dibina atas analisis amalan yang mentakrifkan individu yang disahkan perlu tahu atau dapat melakukannya. Tafsiran akademik pula jarang berdasarkan analisis amalan formal dan sistematik, yang bermaksud tahap kemampuan boleh berubah-ubah dan kadang-kadang menjadi “liar” walaupun memiliki kelayakan yang sama. Kelayakan kompetensi menawarkan pendekatan tersendiri, jika anda memiliki kelayakan ini, anda akan dapat melakukan x dan mengaplikasikan kepada y dan mendapatkan hasil z.

Hubungan antara kelayakan akademik dan kelayakan kompetensi adalah sangat siknifikan dan berkaitan antara satu sama lain. Tujuan sistem pendidikan adalah untuk melengkapkan individu dengan kompetensi yang diperlukan semasa kerja sekaligus melibatkan atau mengambil bahagian dalam masyarakat. Pendekatan yang lebih baik adalah dengan menggabungkan kelayakan akademik dan kelayakan kompetensi untuk menghasilkan tenaga kerja yang mahir yang mempunyai pengetahuan akademik tentang pekerjaan dan kemahiran dalam dunia pekerjaan sebenar dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Kursus pensijilan kompetensi SHO dikawalselia dan dipantau oleh badan penguatkuasa iaitu Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP), di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM). Gelaran kompeten atau Orang Yang Kompeten SHO (OYK-SHO) diberikan pada individu yang telah berjaya (penggunaan bahasa layman): i) menamatkan kursus pensijilan kompetensi SHO ditempat yang diikitiraf JKKP; ii) lulus semua peperiksaan SHO di NIOSH; iii) mempunyai 3 tahun pengalaman dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Gelaran OYK-SHO ini mesti diperbaharui melalui pendaftaran semula 3 tahun sekali termasuk mengumpul 90 mata program pendidikan berterusan atau dikenali sebagai Continuous Education Programme (CEP) dalam tempoh tiga tahun atau  bersamaan 30 mata CEP untuk setahun. Tujuan CEP adalah untuk meningkatkan pengetahuannya mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 Bahagian IV Seksyen 16. Sekiranya anda hampir menemui titik tepu dalam kerjaya, atau memikirkan untuk peningkatan kerjaya atau mencari peluang dalam industri yang lain, jawapannya adalah industri keselamatan & kesihatan pekerjaan.

Sekadar renungan:

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Pendidikan memberikan anda kelayakan untuk memasuki dunia korporat tetapi anda perlu memperoleh kompetensi di tempat kerja. Terdapat pendidik yang bukan memiliki PhD tetapi lebih unggul dan lebih tinggi ilmu daripada pemegang PhD kerana mereka mempunyai kompetensi, bukan kelayakan. Terdapat pelajar universiti yang gagal, tercicir dan berhenti tetapi merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer) sebuah syarikat terbesar di Amerika Syarikat dan tersenarai dalam majalah Fortune 500 (500 syarikat paling besar di Amerika Syarikat) kerana mereka mempunyai kompetensi, bukan kelayakan akademik. Oleh itu, mempunyai kedua-dua kelayakan akademik dan kelayakan kompetensi amat membantu dalam dunia pekerjaan yang amat kompetitif.

Hazad; kekeliruan takrifan dan pengkategorian

Mengenalpasti hazad di tempat kerja merupakan langkah paling asas dalam proses pengurusan risiko pekerjaan. Samada HIRARC, HAZOP, HAZID atau apa-apa juga pendekatan yang digunakan, sekiranya berlaku kegagalan atau kesilapan dalam proses menyenaraikan hazad, keseluruhan pengurusan risiko mungkin terjejas dan objektif untuk menghapuskan atau mengurangkan kadar risiko pekerjaan mungkin tidak akan sempurna pencapaiannya.

Oleh yang demikian, adalah begitu penting buat pengamal keselamatan dan kesihatan memastikan proses asas ini dilakukan dengan begitu teliti. Bermula dengan ketetapan definasi dan pengkategorian hazad yang besesuaian dan selari dengan keperluan organisasi. Terdapat beberapa sumber definasi bagi hazad yang boleh dirujuk untuk dijadikan panduan. Antara lain;

Piawaian OHSAS 18001 yang mentakrifkan hazad sebagai “sumber, keadaan, atau tindakan dengan potensi untuk memudaratkan dari segi kecederaan ke atas manusia atau kesihatan yang tidak baik, atau gabungannya.” Manakala ISO / DIS 45001 mentakrifkan hazad sebagai “sumber atau keadaan yang berpotensi menyebabkan kecederaan dan kesihatan diri” (Definisi 3.19)
DOSH pula melalui garis panduannya menyatakan hazad bermaksud sumber atau keadaan yang berpotensi untuk membahayakan dari segi kecederaan manusia atau kesihatan yang buruk, kerosakan kepada harta benda, kerosakan kepada alam sekitar atau gabungan ini.
Tiada perbezaan yang begitu jelas antara takrifan-takrifan ini kecuali tentang ‘tindakan tidak selamat’ (unsafe act) yang dikira sebagai suatu hazad. Hanya definasi yang diberi oleh OHSAS 18001 jelas menunjukkan bahawa piawaian ini menerima tindakan tidak selamat sebagai suatu hazad (contohnya; tidak fokus ketika mengendali jentera)

Walaupun garispanduan oleh DOSH tidak menyatakan secara jelas bahawa ‘tindakan tidak selamat’ adalah sebahagian dari hazad, tetapi terma ‘bekerja seorang diri’ telah digunakan sebagai contoh untuk menerangkan hazad pekerjaan (Appendik A dalam garis panduan)
 
Begitu banyak perbincangan berkenaan takrifan hazad yang dilihat sedikit mengelirukan akibat dari sumber rujukan yang berbeza serta pemahaman dari pelbagai sudut pandang. Perlu diigatkan bahawa, walau apa jua takrifan yang digunakan, objektif pengurusan risiko tetap sama. Iaitu memastikan bahawa setiap orang yang datang bekerja boleh pulang dengan selamat dan sihat, begitu juga dengan orang-orang lain yang mungkin terjejas akibat dari pekerjaan yang dilakukan.
Mungkin cara terbaik untuk merekodkan hazad dalam proses pengurusan risiko ialah dengan menjelaskan kedua-dua perkara perkara berikut;
  1. Sumber yang boleh mengakibatkan kemudaratan
  • Tenaga / Elemen dan persekitaran yang boleh mendatangkan kemudaratan; tenaga elektrik yang terdedah, suhu yang tinggi, cahaya yang kurang, tempat kerja di ketinggian dan sebagainya
  • Objek dan sifatnya yang boleh mendatangkan kemudaratan; paku yang tajam, bahan mudah terbakar, sisa darah yang terdedah dan sebagainya
2. Tingkah laku atau tindakan orang yang meningkatkan risiko kemudaratan
  • Kemungkinan kesilapan; tersentuh, terhidu, bekerja tanpa pengawasan dan sebagainya
  • Kemungkinan penyimpangan; tidak memakai cermin mata keselamatan ketika menggunakan peralatan berkuasa.
Dengan demikian terma hazad yang digunapakai akan memuaskan kesemua piawaian dan garispanduan
– Teruskan bersama IntESH untuk mengikuti perbincangan selanjutnya berkenaan kumpulan dan kategori hazad –
—————————————-
Segala isi kandungan di dalam artikel ini adalah hak milik IntESH Group dan pemberi maklumatnya. Apa-apa bentuk penggunaan pihak lain termasuklah peniruan, pengubahsuaian, pengedaran dan penyiaran tanpa kebenaran pihak IntESH Group adalah salah di sisi undang-undang cyber.
PENAFIAN: IntESH tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada artikel ini.
——————————————
Hakcipta Terpelihara 2016 © IntESH Group

Pengkategorian hazad dalam HIRARC

Dalam catatan yang lalu kami mengajak pembaca membincangkan tentang takrifan hazad yang merupakan langkah awal dalam pengurusan risiko di tempat kerja. Takrifan yang tepat amat penting bagi tujuan pengenalpastian hazad dimana penulisan suatu hazad itu sendiri mempengaruhi ketepatan langkah kawalan yang akan ditetapkan.

Pengkategorian hazad merupakan suatu lagi langkah yang penting dalam pengurusan risiko. Ia bertujuan untuk menentukan klasifikasi hazad yang telah dikenalpasti, agar analisa lebih terperinci dapat dilakukan. Keputusan dari analisa yang terperinci tentang hazad tersebut akan dapat membantu banyak pihak dalam memahami situasi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Ini sekaligus memberikan panduan kepada pihak pengurusan syarikat dalam merangka program yang besesuaian untuk memastikan tempat kerja mereka lebih selamat dan sihat.
 
Terdapat pelbagai pendekatan yang biasa digunapakai bagi tujuan untuk mengklasifikasikan hazad pekerjaan. Biasanya hazad-hazad diklasifikasikan mengikut kumpulan dan kategorinya
Terdapat tiga kumpulan hazad yang sering digunapakai untuk tujuan klasifikasi am; hazad keselamatan, hazad kesihatan dan hazad alam sekitar
  • Hazad keselamatan terdiri dari apa-apa yang berpotensi untuk mengakibatkan kemudaratan dalam bentuk kecederaan orang atau kerosakan harta
  • Hazad kesihatan merupakan apa-apa yang berpotensi untuk mengakibatkan kemudaratan dalam bentuk penyakit dan keracunan
  • Hazad alam sekitar merupakan apa-apa yang berpotensi untuk mangakibatkan impak negatif terhadap alam sekitar.
Pengkelasan berdasarkan kumpulan tidak bermaksud memisahkan hazad secara fizikal. Sebaliknya pengkelasan tersebut hanya mengkelaskan ciri-ciri suatu hazad. Dalam banyak keadaan, suatu hazad itu boleh mempunyai ketiga-tiga sifat kumpulan. Sebagai contoh, bahan cecair petrol merupakan suatu hazad keselamatan kerana sifatnya yang mudah terbakar, dalam masa yang sama ia juga merupakan hazad kesihatan kerana kandungan benzenenya boleh mengakibatkan penyakit, dan ia juga merupakan hazad alam sekitar kerana ia telah dikenalpasti sebagai berbahaya kepada hidupan akuatik
Selain dari klasifikasi berdasarkan ciri-ciri kumpulan, hazad juga diklasifikasikan berdasarkan kategori yang telah ditetapkan oleh pelbagai piawaian dunia dan kebangsaan. Terdapat lima kategori hazad yang digunapakai bagi tujuan klasifikasi yang lebih khusus; Hazad fizikal, hazad kimia, hazad biologi, hazad psikologi dan (hazad) ergonomik
  • Hazad fizikal ialah apa-apa yang berpontensi untuk mengakibatkan kemudaratan akibat dari tindakbalas fizik seperti bunyi tekanan, gravity, bunyi, getaran, radiasi dan suhu.
  • Hazad kimia ialah apa-apa bahan yang berpontensi untuk mengakibatkan kemudaratan akibat dari sifatnya yang tindakbalas secara kimia seperti exotermik, oksidasi, hidrolisis, dinaturasi dan sebagainya. Bahan ini boleh wujud samada dalam bentuk cecair, pepejal, habuk, asap, wap dan gas;
  • Hazad biologi ialah apa-apa hidupan atau hasil pengeluarannya, yang berpontensi untuk mengakibatkan kemudaratan akibat sifat kitaran hidupnya seperti bakteria, virus, fungus, bisa atau rembesan racun dari tumbuhan;
  • Hazad psikologi ialah apa-apa sumber yang boleh mengakibatkan kemudaratan fizikal dan mental berpunca dari tindakbalas yang negatif terhadap sumber tersebut. Sebagai contoh; beban kerja, kitaran shif kerja atau hubungan antara seorang pekerja;
  • Hazad yang berkait dengan amalan kerja yang bertentangan dengan prinsip ergonomik, contohnya bekerja dengan postur badan yang tidak semulajadi, atau menampung bebanan diluar kemampuan tubuh badan.
Bagi setiap kategori hazad yang dibincangkan di atas terdapat klasifikasi lebih mendalam berdasarkan faktor-faktor risiko yang terlibat bagi setiap kategori.
 
—————————————-
Segala isi kandungan di dalam artikel ini adalah hak milik IntESH Group dan pemberi maklumatnya. Apa-apa bentuk penggunaan pihak lain termasuklah peniruan, pengubahsuaian, pengedaran dan penyiaran tanpa kebenaran pihak IntESH Group adalah salah di sisi undang-undang cyber.
PENAFIAN: IntESH tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada artikel ini.
——————————————
Hakcipta Terpelihara 2016 © IntESH Group

Segitiga Kemalangan

Segitiga kemalangan atau juga dikenali sebagai piramid kemalangan merupakan satu infografik yang memberi kefahaman tentang hubungkait antara kemalangan besar dengan kejadian-kejadian kemalangan yang lebih kecil.

Sejarah perkembangan serta penggunaan setitiga kemalangan sebagai suatu teori penyebaban kemalangan telah dipelopori oleh Herbert W. Heinrich pada tahun 1931 melalui bukunya ‘Industrial Accident Prevention: A Scientific Approach’
Segitiga kemalangan yang pertama diperkenalkan oleh Herbert Heinrich menunjukkan bahawa bagi setiap kemalangan yang mengakibatkan kematian atau kecederaan parah, terdapat kira-kira 300 kejadian yang nyaris mengakibatkan kemudaratan.

Usaha Heinrich kemudiannya dikembangkan oleh Frank E. Bird pada tahun 1970. Frank E. Bird yang bekerja untuk Syarikat Insurans Amerika Utara telah menganalisis lebih daripada 1.7 juta kes kemalangan yang dilaporkan oleh 297 syarikat. Melalui kajian serta analisa tersebit, beliau mendapati bahawa nisbah kemalangan yang dilaporkan adalah;
Bagi setiap kemalangan utama yang dilaporkan (mengakibatkan kematian, kecacatan, kehilangan masa atau rawatan perubatan), terdapat 9.8 kemalangan yang mengakibatkan kecederaan ringan dilaporkan (memerlukan hanya pertolongan cemas). Analisis turut menunjukkan bahawa 30.2 kemalangan kerosakan harta dilaporkan untuk setiap kemalangan utama. Akhir sekali kajian mendapati kira-kira 600 insiden telah berlaku sebelum satu kemalangan utama yang dilaporkan.
 
Usaha mengembangkan teori segitiga kemalangan tidak terhenti disitu. sebaliknya pada tahun 2003, ConocoPhillips Marine melakukan kajian serupa yang membuktikan perbezaan besar dalam nisbah kemalangan serius dan yang serupa. Kajian mendapati bahawa untuk setiap satu kematian terdapat sekurang-kurangnya 300,000 tingkah laku berisiko, yang ditakrifkan sebagai aktiviti yang tidak konsisten dengan program keselamatan, latihan atau peraturan keselamatan. Kajian secara berterusan juga telah mendapati selain dari tinggah laku berisiko, keadaan persekitaran yang tidak selamat juga merupakan punca-punca asas kepada kemalangan serius.

Melalui kefahaman terhadap konsep serta nilai segitiga kemalangan, kita sedar bahawa mengawal tingkah laku berisiko dan persekitaran tidak selamat adalah merupakan perkara paling asas dalam mencegah kemalangan serta kemudaratan di tempat kerja. Program pemeriksaan keselamatan di tempat kerja merupakan salah satu kaedah yang paling berkesan untuk memantau tingkah laku dan persekitaran selamat di tempat kerja. lebih banyak tingkah laku negatif dan persekitaran tidak selamat yang ditemui dan dibetulkan, lebih rendah potensi untuk suatu kemalangan serius akan berlaku.
IntESH telah menyediakan SmarTool, iaitu sistem perisian yang boleh membantu majikan untuk melaksanakan program pemeriksaan keselamatan tempat kerja secara sistematik dan di atas talian. Sistem ini memudahkan majikan untuk merancang pemeriksaan dan menugaskan pekerja untuk merekod penemuan tingkah laku dan persekitaran tempat kerja terus dari telefon pintar mereka ke dalam pengkalan data. Data yang direkodkan akan terus di analisa bagi memberikan maklumat yang perlu untuk mengawal risiko di tempat kerja.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.intesh.com.my

HIRARC

Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control

Telah bertahun-tahun lama nya, HIRARC menjadi kaedah yang berkesan untuk kebanyakan organisasi menguruskan risiko di tempat kerja. Kaedah ini bermula dengan menyenaraikan apa-apa yang boleh menjadi punca kepada kemalangan atau pendedahan yang memudaratkan. Kemudiannya setiap punca itu dianalisa lebih lanjut bagi menjangkakan potensi kemudaratannya. Diikuti dengan mentaksir kadar risiko bagi menetapkan prioriti risiko yang paling kritikal. Dan akhirnya ditetapkan langkah yang sesuai bagi menghapuskan atau sekurang-kurangnya merendahkan kadar risiko yang bakal dihadapi oleh para pekerja di 
tempat kerja.

IntESH sekali lagi telah menempa sejarah dengan menghasilkan suatu perisian atas talian yang berupaya memudahkan proses penghasilan, merekod dan menyenggara HIRARC untuk tujuan pengurusan risiko di tempat kerja. Perisian ini bukan sahaja menepati ciri-ciri kebanyakan standard sistem pengurusan malah menghasilkan laporan mengikut format yang digariskan oleh DOSH melalui garispanduannya.
 
Dengan objektif menjadikan HIRARC mudah untuk semua orang, SmarTool merupakan sistem perisian atas talian yang wajib dimiliki oleh semua pengamal keselamatan dan kesihatan.
Untuk mendapatkkan perisian ini, sila layari http://system.intesh.com.my/user/register dan daftar akaun IntESH anda secara percuma.

HIRARC

Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control

Over the years, HIRARC has become an effective method for most organizations managing risk in the workplace. This method begins with listing anything that may be the cause of an accident or a detrimental exposure. Then each source was analyzed further to anticipate its potential harm. Followed by the risk assessment to set the most critical risk priorities. And finally it is set appropriate steps to eliminate or at least lower the risk level faced by workers in the workplace.

IntESH has once again made history with the creation of an online software that enables (and make it easy) the development, recording and maintaining HIRARC for the purpose of risk management at the workplace. This software not only meets the features of most management systems standard but also produces reports according to the format outlined by DOSH through its guidelines.
 
With the objective of making HIRARC easy for everyone, SmarTool is an online software system that must be owned by all security and health practitioners.
To get this software, please visit http://system.intesh.com.my/user/register and register your IntESH account for free.