banner-685-COVID-19

Ayuh Seluruh Rakyat Malaysia Kita “Memerangi” Risiko Wabak dan Jangkitan Penyakit Virus COVID-19

Sebelum Perdana Menteri Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 16 Mac 2020, didapati sesetengah masyarakat Malaysia masih kurang mendapat kesedaran, tidak peka dan masih mengambil kaedah tunggu dan lihat untuk mengurangkan pendedahan dan penyebaran virus COVID-19 atau mengambil langkah pencegahan awal. Manakala dalam tempoh 24 jam selepas Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, melalui pemerhatian daripada Menteri Pertahanan pula, didapati seramai 40% rakyat Malaysia tidak patuhi Perintah Kawalan Pergerakan! (Sumber : Public Health Malaysia). Tahukah anda bahawa kes pertama positif wabak COVID-19 dicatatkan di Malaysia adalah pada 15 Januari 2020?

Langkah Awalan : Cegah Wabak Covid-19 Bermula Di Tempat Kerja

stay at home

Kebanyakan syarikat yang mempunyai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) telah mengambil langkah pencegahan proaktif di tempat kerja sejak Februari 2020. Pada 4 Mac 2020 pula, langkah-langkah pencegahan terhadap wabak jangkitan penyakit Coronavirus 2019 di tempat kerja telah dikuatkuasakan di bawah arahan Pematuhan Kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994. Antara langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh Majikan melalui nasihat Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) adalah :

  1. Menjalankan penilaian risiko (risk assessment) bagi menambah baik prosedur;
  2. Mengenalpasti pekerja-pekerja yang melawat ke negara-negara yang berisiko tinggi terkesan dengan virus COVID-19 dan membuat pemantauan kesihatan ke atas pekerja tersebut;
  3. Mengenalpasti gejala setiap majikan dan pekerja bagi tujuan pengawasan kesihatan atau tidak benarkan memasuki pejabat untuk mendapatkan rawatan segera di hospital;
  4. Semua majikan dan pekerja diminta menangguhkan dahulu perjalanan ke luar negara;
  5. Meminta Majikan menyediakan alat perlindung diri yang sesuai kepada pekerja, pencuci tangan (hand sanitizer) di setiap ruang masuk premis atau bangunan dan menyediakan sabun di setiap tandas dan pantry;
  6. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) memberi latihan kesedaran tentang COVID-19 dan memberi latihan amalan tahap kebersihan tertinggi pada semua Majikan dan pekerja serta toolbox talk pada contractor dan visitor;
  7. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) memberi latihan amalan disinfectant spray pada cleaner bagi membersihkan tempat yang berpotensi disentuh oleh semua pekerja;
  8. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) memberi latihan penggunaan, penyimpanan dan pembuangan alat perlindung diri pada cleaner;
  9. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) menyediakan plan dan prosedur Crisis Preparedness and Response dan menubuhkan Crisis Management Team;
  10. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) menasihati Majikan untuk menguruskan Person Under Investigation (PUI);
  11. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) sentiasa mengemaskini segala informasi yang dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Di tempat kerja, pelbagai program dijalankan oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) bagi membendung penularan wabak ini. Namun tidak semua syarikat mempunyai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO). Apakah langkah awalan syarikat tempat kerja anda ambil?

corona virus

Sehingga kini, masih belum ada penawar atau vaksin mengubati Coronavirus. Lebih membimbangkan lagi, tahap kesedaran rakyat Malaysia amat rendah dan di tahap yang paling membimbangkan walaupun World Health Organisation (WHO) telah mengisytiharkan  bahawa virus ini telah menjadi PANDEMIK (wabak merebak merentasi wilayah dan melibatkan ramai orang terdedah). Pada tahap ini, sepatutnya rakyat Malaysia telah memahami beberapa arahan pencegahan penularan wabak virus COVID-19 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti :

  1. Menggunakan penutup muka – Walaupun tidak ada simptom tapi pada masa ini, anda perlu mengenakan bagi mengelakkan anda memegang muka dalam keadaan tangan tanpa steril;
  2. Menganggarkan jarak 1 meter ketika beratur atau berada di tempat awam – Disebabkan COVID-19 penyakit berjangkit, elakkan untuk berada berdekatan di tempat awam;
  3. Kerap membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer – Selepas memegang objek di rumah, di dalam kereta, di tempat kerja, di pusat membeli belah, di pam minyak atau dimana-mana sahaja;
  4. Tidak berkumpul atau berada di tempat yang ramai orang dan elakkan bersalam tangan – Bagi memutuskan rangkaian jangkitan;
  5. Memakan masakan yang dimasak dengan sempurna – Bagi memastikan makanan itu selamat di makan;
  6. Etika menggunakan tandas awam – Tandas mempunyai kelembapan udara yang tinggi dan kerap dikunjungi orang. Langkah berhati-hati perlu dititikberatkan seperti mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer dan mengenakan penutup muka sebelum, semasa dan selepas menggunakan tandas awam.
  7. Etika bersin – Membengkokkan siku ke hidung dan bersin. Jangan gunakan telapak tangan untuk menutup hidung kerana virus bole disebarkan di telapak tangan anda ke semua permukaan yang anda sentuh. Secara tak langsung, anda telah menyebarkan virus pada orang lain yang menyentuh permukaan itu.

Kajian Terkini (Setakat 19 Mac 2020)

Hasil kajian terkini daripada Journal of Hospital Infection menunjukkan bahawa virus COVID-19 boleh bertahan di udara sehingga 3 jam lamanya. Oleh itu, kita disarankan untuk kerap membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer kerana virus Corona ini boleh bertahan selama :

  • 5 hari pada permukaan objek plastik;
  • 4 hari pada permukaan kayu;
  • 4 hari pada permukaan kaca;
  • 4 – 5 hari pada permukaan kertas;
  • 48 jam pada permukaan besi;
  • 2 – 8 jam pada permukaan aluminium;
  • 8 jam pada permukaan sarung tangan getah.

Sumber : J. Hosp. Infect. DOI: https;//doi.org/10.1016/jhin.2020.01.022

Ikhtiar Di Malaysia  

Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan untuk mengurangkan wabak besar merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar. Disamping itu memastikan orang ramai kekal di rumah dan mengurangkan aktiviti berkumpul dan berjumpa dengan orang lain. Malangnya hal ini tidak dituruti, bahkan terlalu ramai warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing. Kini, dapat kita lihat bahawa wabak ini telah dibawa ke kawasan kampung dan jumlah jangkitan positif setiap negeri kian meningkat. Hal ini telah diajar oleh Junjungan Mulia, Rasulullah SAW yang bersabda “Jika kalian mendengar ada wabak di suatu kawasan wilayah, janganlah kalian memasuki wilayah tersebut dan jika wabak tersebut terjadi di daearahmu maka jangan keluar darinya”; Hadis Riwayat Bukhari: 3214.

malaysia berdegil

Perlu diingatkan bahawa doktor dan jururawat di hospital bertungkus lumus tanpa shif bagi memberikan rawatan pada pesakit yang positif. Perlu diingatkan bahawa, jika kita tidak membendung keadaan ini, jika kita tidak menjaga higien dan jika kita tidak mendapatkan rawatan segera jika mempunyai simptom, maka akan tiba masa apabila doktor perlu membuat keputusan untuk memilih siapa yang perlu diselamatkan. Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai peluang rawatan yang tinggi untuk baik.

Sejak dua (2) kematian pertama direkodkan di Malayisa diumumkan pada 17 Mac 2020, kita dapati bagaimana langkah-langkah pencegahan penularan wabak ini diambil oleh pekerja hospital. Ahli keluarga tidak dibenarkan melawat si mati bagi mengelakkan direct contact. Lebih menyayat hati, urusan pengembumian si mati juga dikawal ketat dan hanya dilakukan oleh pekerja hospital yang terlatih. Tidak dibenarkan saudara mara beramai-ramai datang menziarah. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibekalkan dengan full-suit cover all. Justeru, IntESH menyeru, seluruh rakyat Malaysia untuk tinggal di rumah atau “Stay at home”. Nampak mudah dan remeh tetapi ini lah caranya untuk memutuskan rangkaian penyakit. – MFM

– LEADERSHIP IS AN ACTION, NOT A POSITION –

INTelligent, INTegrated and INTeractive EHS Solutions ( IntESH )

Construction workers and architects at a construction site viewed from above.

Berapa Pentingkah Latihan keselamatan untuk Syarikat Pembinaan Kecil?

Pekerja buruh asing di tapak pembinaan yang diambil bekerja oleh syarikat-syarikat pembinaan kecil tidak menerima latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang sama seperti rakan-rakan mereka yang bekerja di syarikat-syarikat binaan besar, menurut satu kajian daripada NIOSH, Amerika Syarikat.

Para penyelidik menganalisis maklum balas daripada 268 wakil perniagaan pembinaan. Mereka mendapati bahawa pekerja buruh asing di syarikat pembinaan yang kurang daripada 50 pekerja menerima kurang latihan daripada mereka yang mempunyai 50 atau lebih pekerja buruh asing daripada syarikat pembinaan yang besar. Latihan yang sepatutnya merangkumi pelbagai kategori termasuk latihan arahan keselamatan pekerjaan, latihan keperluan undang-undang binaan dan latihan asas untuk Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) selama 10 jam untuk industri pembinaan. Para penyelidik juga mendapati bahawa pekerja buruh asing di syarikat-syarikat kecil ini kurang penuhi setiap jenis latihan keselamatan.

Selain itu, pemerhatian juga mendapati hanya 5.9% pekerja buruh asing di syarikat kecil menerima 11 atau lebih jam latihan induksi keselamatan – 38.2% menerima tiga hingga 10 jam dan 55.9% menerima dua jam atau kurang latihan induksi keselamatan. Bagi syarikat yang lebih besar, angka tersebut masing-masing 20%, 48.5% dan 31.5%. Bagi latihan keselamatan setiap bulan pula, 61.8% daripada pekerja buruh asing di syarikat-syarikat kecil menerima dua atau kurang jam latihan bulanan berbanding 42.9 peratus di syarikat-syarikat besar. Isu bahasa pertuturan juga dititikberatkan, hasil pemerhatian mendapati 37.5% penyelia mengucapkan bahasa yang sama dengan pekerja buruh daripada syarikat kecil, berbanding dengan 68.9% syarikat besar.

Disini dapat menyimpulkan bahawa halangan dalam bahasa pertuturan perlu diatasi bagi meningkatkan keselamatan. Hal ini perlu disyorkan pada majikan untuk menyediakan sumber yang bersesuaian untuk mengurangkan risiko ini. Mungkin fokus termasuk komunikasi yang efektif melalui perbualan dan penyebaran bahan-bahan latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Sektor pembinaan menyumbang pada kes pendakwaan tertinggi dalam AKKP 1994 dan diikuti dengan sektor pengilangan. Hal ini jelas menunjukkan sesuatu tindakan perlu diambil bagi mengurangkan kes kemalangan, kecuaian atau melanggar apa-apa peraturan yang terdapat dalam AKKP 1994 oleh majikan. Orang-Yang-Kompeten (OYK) Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) yang berdedikasi menjadikan posisi dan peranan anda sebagai mata dan telinga Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) lebih berkesan dan bertanggungjawab. – MFM

– LEADERSHIP IS AN ACTION, NOT A POSITION –

INTelligent, INTegrated and INTeractive EHS Solutions (IntESH)

Pramugari

Benarkah Pramugari atau Krew Kabin Pesawat Penerbangan Cenderung Untuk Mendapat Risiko Kanser?

Bila sebut pramugari, umum mengetahui bahawa seorang wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik, bentuk badan yang menawan dan senyuman yang manis. Betul ke setakat tu jek? Mungkin pembaca boleh tambah lagi dalam ruangan komen. Namun kajian baru-baru ni yang dibuat oleh Harvard T.H. Chan School mendapati pramugari kapal terbang adalah lebih berisiko untuk mendapat beberapa jenis kanser (Irina Mordukhovich et. al.,2018, Environmental Health, 17:49).

Seramai 5,366 pramugari penerbangan Amerika Syarikat dikaji selidik terhadap kesihatan, pengalaman kerja dan ciri-ciri peribadi mereka. Penyelidik kemudian membuat perbandingan kanser di kalangan pramugari dengan maklumat yang sama dari hasil kaji selidik daripada 5,000 penduduk Amerika Syarikat (berdasarkan sumber yang diperoleh daripada Kajian Kesihatan Negara dan Pemakanan Peperiksaan). Hasilnya menunjukkan bahawa pramugari cenderung menghidapi kanser termasuk kanser payudara, melanoma dan kanser kulit bukan melanoma.

Penemuan kami terhadap kadar kanser yang lebih tinggi di kalangan pramugari amat mengejutkan memandangkan berat badan pramugari yang rendah atau normal dan juga kadar perokok di kalangan mereka juga rendah. Hal ini menimbulkan persoalan tentang apa yang patut dilakukan untuk meminimumkan kesan pendedahan ini dan kanser di kalangan krew kabin," kata Harvard, salah seorang rakan kepada penyelidik dalam sidang akhbar yang bertarikh 25 Jun 2018.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tugas Safety and Health Officer (SHO) termasuk memastikan Kesihatan Pekerjaan Pramugari terkawal dan terjaga
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Adakah Safety and Health Officer (SHO) terdapat dalam bidang penerbangan? Ehhh.. mesti ada, lagipun SHO cover semua bidang pekerjaan kecuali dua (2) bidang sahaja. Seorang SHO mesti peka dengan isu kesihatan pekerjanya. Oleh itu, artikel ini boleh membantu SHO untuk mengetengahkan pada pihak pengurusan tertinggi. Tidak terlambat lagi jika kajian ini baru disahkan berlaku di Amerika Syarikat. IntESH juga menawarkan konsultansi dalam bidang kesihatan pekerjaan juga. Jika SHO syarikat penerbangan tidak ambil inisiatif ini, siapa lagi nak jaga kesihatan pramugari? – MFM

– LEADERSHIP IS AN ACTION, NOT A POSITION –
INTelligent, INTegrated and INTeractive EHS Solutions (IntESH)

Penyakit Keturunan Mungkin Bermula Dari Anda.

Kata kunci: Chemical Hazards Effect, SDS, TLV, PEL, Central Nervous System, Autism, mutegenik

 

Seorang wanita yang mengidap penyakit ovari mungkin mewarisi penyakit itu daripada nenek yang terdedah kepada bahan toksik beberapa dekad yang lalu, ini merupakan penemuan kajian oleh penyelidik Washington State University. Epigenetic transgenerational inheritance, terma ini merujuk kepada pendedahan terhadap persekitaran yang akhirnya menyebabkan perubahan genetik seseorang lalu diwariskan ke generasi seterusnya.

 

Setiap hari ramai pekerja terdedah kepada pelbagai bahan kimia dalam pelbagai bentuk (cecair, wasap, debu dln) tanpa sedar tentang kesan risiko pendedahan pada bahan kimia di tempat-tempat seperti makmal, kilang, perlombongan, hospital, bengkel, tapak pembinaan, pertanian, pam minyak, pelantar minyak dan sebagainya. Tidak ramai juga yang ambil tahu atau tidak hiraukan pengelasan sesuatu bahan kimia pada Seksyen 2: Pengenalpastian Hazard (Hazard Identification) di Pertanyaan Hazard (Hazard Statement) pada Helaian Data Keselamatan (Safety Data Sheet) akronim SDS. Sekadar maklumat tambahan, Kesan Hazard Bahan Kimia (Chemical Hazards Effect) dikategorikan kepada Merengsa (irritant), Mengakis (corrosive), Harmful, toksik, Karsinogenik dan Mutagenik. Namun tidak ramai pernah dengar tentang Neurotoksik. Sebelum kita pergi kepada Neurotoksik, mari kita lihat beberapa contoh bahan kimia dan kesan hazard atas kesihatan:

 

No

Jenis bahan kimia

Sumber

Kesan hazard bahan kimia

1

Benzene

Petroluem

karsinogenik

2

Toluene

Petroluem

neurotoksik

3

Ethylbenzene

Petroluem

karsinogenik

4

n-hexana (n-hexane)

Petroluem

neurotoksik

5

Arsenik

Logam

karsinogenik

6

Kromium-6

Logam

karsinogenik

 

Bercakap tentang pendedahan, apa yang dimaksudkan dengan pendedahan yang sebenat? Bagaimana nak mengenalpasti kita telah terdedah pada risiko tu?

 

Sebelum tu, jom kita menyingkap sejarah tentang standard pendedahan yang ditetapkan. Pada tahun 1940, American Conference of Governmental Industrial Hygienists (ACGIH) memperkenalkan garis panduan industri yang dikenali sebagai “nilai had ambang” (Threshold Limit Value (TLV)) dan termasuk purata kewajaran masa 8 jam (8-hours-time-weighted average).

 

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –  

Nilai had ambang (TLV) adalah tahap pendedahan dimana orang yang terdedah mula mendapat kemudaratan. Manakala, Total Weightage Average 8 hours (TWA8) adalah tahap pendedahan yang dipuratakan dalam jangkasamasa tempoh 8 jam.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –  

 

Selain itu, garis panduan had pendedahan yang dibenarkan (permissible exposure limit (PEL)) juga diperkenalkan oleh sesuatu organisasi dan ini boleh didapati daripada peraturan yang digazetkan oleh kerajaan, juga dikenali sebagai PEL Malaysia. Namun, penggunaan TLV lebih disyorkan. Bagi mengenalpasti seseorang telah tercemar dengan bahan kimia, penilaian ini hanya boleh dibuat oleh Pengapit yang bertauliah (certified Assessor) dan disahkan oleh Doktor Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health Doctor).

 

Berbalik pada kisah neurotoksik, definasi adalah merujuk kepada keupayaan merangsang kesan sampingan pada sistem saraf pusat (central nervous system), sistem saraf periferal atau organ deria. Bahan kimia ini dianggap sebagai neurotoksik jika ia mampu mendorong ketidakfungsian neural atau perubahan dalam kimia atau struktur sistem saraf. Kesannya adalah kecacatan perkembangan neuro termasuk termasuk autisme, gangguan kecacatan hiperaktif, disleksia, dan masalah kognitif yang lain, menjejaskan berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia. Sejak tahun 2006, kajian epidemiologi telah mendokumentasikan enam tambahan bahan kimia kategori neurotoksin seperti manganese, fluoride, chlorpyrifos, dichlorodiphenyltrichloroethane, tetrachloroethylene dan polybrominated diphenyl ethers (Dr Philippe Grandjean MD, et. al., 2014).

 

Bayangkan jika lebih ramai yang tak tahu tentang kesan hazard kesihatan pada bahan kimia yang mempunyai neurotoksik ni, gangguan perkembangan neuro ini boleh menjejaskan 10-15% daripada seluruh kelahiran di dunia! Walaupun root cause gangguan perkembangan neuro berpunca daripada 30 – 40% faktor genetik, namun bukti yang kuat mengatakan bahawa bahan kimia industri yang disebarkan secara meluas dalam alam sekitar adalah penyumbang penting kepada apa yang kita panggil pandemik-global-senyap dari ketoksikan dan kesannya pada perkembangan neuro individu. – MFM    

 

– LEADERSHIP IS AN ACTION, NOT A POSITION –

 

INTelligent, INTegrated and INTeractive EHS Solutions (IntESH)

 

 

Sumber;

http://www.spokesman.com/stories/2012/jun/05/researcher-exposure-to-toxins-can-alter-dna/

http://www.panna.org/blog/inheriting-disease-one-pesticide-time

Kajian Peranan Metabolisme dalam Kesihatan Kerja Syif Malam (Night Shift-Work)

Kajian baru-baru ini, diterbitkan pada 10 Julai 2018 dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences oleh para penyelidik di Washington State University (WSU) mencadangkan organ-organ individu dalam sistem pencernaan mengandungi ‘jam biologi’ yang berasingan yang boleh mempengaruhi metabolisme orang yang bekerja pada waktu malam seperti obesiti dan diabetes.

 

Untuk kajian itu, para penyelidik meminta 10 lelaki dan empat (4) wanita untuk mensimulasikan jadual kerja syif selama satu minggu di makmal WSU. Separuh daripada peserta memenuhi tiga hari kerja syif malam (night shift-work), manakala separuh lagi menyelesaikan kerja seperti normal. Selepas tempoh itu, para peserta tetap terjaga dalam postur separuh tidur selama tempoh 24 jam, mereka menerima makanan ringan yang sama kuantiti yang ditetapkan setiap jam dan mengambil sampel darah setiap tiga jam. Suhu bilik dan pendedahan cahaya adalah tetap (constant).

 

Para penyelidik menganalisis tahap 132 metabolit atau produk metabolisme, sepanjang tempoh 24 jam. Pemerhatian menunjukkan bahawa ritma metabolit dalam 24 jam yang berkaitan dengan hati, pankreas dan saluran pencernaan beralih kepada 12 jam selepas kerja syif malam. Walaubagaimanapun, keinginan otak masih berulang-ulang ‘menyatakan signal’ fungsi secara normal pada kitaran 24 jam (hanya beralih kira-kira dua jam), namun maklumat yang dihasilkan otak bercanggah ritma metabolit badan.

 

“Tidak ada yang tahu bahawa jam biologi dalam organ-organ pencernaan seseorang begitu banyak dan cepat berubah mengikut jadual kerja syif (shift-work). Walaupun secara normal, otak mempunyai jam induk tersendiri, namun otak nyaris tidak mampu menyesuaikan diri dengan jadual kerja syif tersebut,” kata Hans Van Dongen, penulis bersama dan profesor WSU. “Akibatnya, beberapa isyarat biologi di badan pekerja yang bekerja pada masa syif ini menghantar signal ‘ini adalah siang’ manakala signal lain pula mengatakan ‘ini adalah malam’, yang menyebabkan gangguan metabolisme.”

 

Penyelidikan sebelum ini menunjukkan bahawa pekerja syif malam biasa menghadapi peningkatan risiko menjadi obes atau berat badan berlebihan, keadaan yang dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, antara lain masalah kesihatan yang buruk. Lebih membimbangkan lagi, menurut Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dalam siding parlimen ke-14, satu daripada dua (1 : 2) rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti atau kegemukan (overweight). Tambahan lagi, Malaysia masih kekal sebagai Negara pertama yang mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia, menurut Prof. Mohamed Ismail Noor, Presiden, Pertubuhan Kajian Obesiti, Malaysia.

 

Persoalannya, adakah kerja syif malam mengakibatkan atau menyumbang kepada obesiti atau penyakit kardiovaskular? Sama-sama kita kupas dalam artikel akan datang. – MFM

 

– LEADERSHIP IS AN ACTION, NOT A POSITION –

 

INTelligent, INTegrated and INTeractive EHS Solutions (IntESH)

Kepimpinan Keselamatan & Kesihatan: Masa untuk Berkembang

Tempat kerja dibeberapa kebanyakan negara termasuk Malaysia sedang mengalami revolusi. Daripada robot dan kecerdasan buatan (artificial intelligent) kepada tenaga kerja yang lebih berteknologi berbanding sebelum ini, industri kini telah beralih dari pengeluaran mekanikal ke dunia sistem fizikal digital siber yang amat canggih.


Revolusi ini juga berlaku dalam konteks keselamatan dan kesihatan juga. Kemajuan membolehkan para saintis mengumpulkan dan menganalisis data dengan cara yang tidak dapat dibayangkan 40 tahun yang lalu. Aplikasi telefon pintar berkongsi data masa nyata (real-time) di seluruh organisasi dan melibatkan profil tenaga kerja yang lebih luas dalam memahami, mengkaji dan yang paling penting, bertindak secara langsung ke atas sebarang pendedahan.


Malangnya, banyak organisasi masih menggunakan program keselamatan dan kesihatan dari abad yang lalu. Ini adalah masa untuk berkembang. Tuntutan ini sejajar dengan perkembangan Sains dan teknologi. Berikut adalah tiga (3) cara untuk ke arah perkembangan industri OSH dalam sesebuah organisasi:

 

  1. Teknologi yang baik memerlukan sains yang baik. Mempunyai teknologi keselamatan yang baik sahaja tidak mencukupi. Anda memerlukan metodologi yang konkrit di belakang semua yang anda lakukan. Malangnya, terdapat sedikit data mengenai kaedah apa yang paling berkesan dalam landskap digital hari ini. Penyelidikan bebas dari University of Cambridge Judge Business School menunjukkan beberapa kerja yang berfungsi untuk meningkatkan keselamatan yang melibatkan pekerja. Ke arah revolusi ini, pendekatan terbaik adalah pekerja akan banyak menjalankan pemerhatian dan dalam bidang pengkhususan masing-masing. Syarikat yang memberi tumpuan kepada isu keselamatan kritikal, yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan risiko dan menjadi seorang jurulatih (coach) pada pekerja adalah lebih berdaya saing daripada syarikat yang tidak melakukan ini.

 

  1. Takrifan pendedahan semakin berkembang. Pemimpin (Leader) seharusnya membuat atau mewujudkan Sistem Keselamatan dan Kesihatan bagi menangani semua pendedahan yang menyebabkan orang berisiko, termasuk yang membawa kepada kecederaan serius dan maut. Ini bermaksud, pemimpin perlu mengubah cara anda melakukan pemerhatian dan bagaimana anda mengambil dan menyimpan data tersebut. Anda juga perlu mengambil gambar pendedahan yang lebih lengkap dan langkah-langkah yang diperlukan untuk membetulkannya – selari dengan ISO 45001:2018, gambar boleh digunakan sebagai SOP. Sebagai tambahan kepada persampelan orang bekerja, satu kumpulan kecil yang diwujudkan juga bermanfaat untuk mencari pendedahan yang paling kritikal. Perlaksanaan lebih terperinci dapat dilakukan dengan berjalan kaki untuk mengenal pasti pendedahan fizikal dan tingkah laku. Ini bagi memastikan analisis data anda melewati “ujian mata” dan perubahan pendedahan sebenarnya sentiasa di organisasi anda.

 

  1. Mengoptimumkan sumber. Pemimpin sentiasa perlu mencari cara untuk mencipta prestasi yang lebih besar dengan sumber yang lebih sedikit. Tekanan “lebih dengan kurang” bermakna para pemimpin keselamatan perlu lebih tepat menentukan di mana mereka perlu menghabiskan ‘budget’ kewangan atau CAPEX mereka. Idea-idea baru dan bernas dalam skop keselamatan dan kesihatan memberi peluang kepada syarikat untuk mengubah siapa yang melakukan kerja dan bagaimana. Pendekatan ini membantu organisasi di semua peringkat memimpin suatu usaha bagi pengurangan pendedahan sekaligus menjimatkan bagi kerja yang dilakukan.


Tambahan pula, teknologi dapat membantu mengembangkan rancangan tindakan dengan lebih cepat – kadang-kadang mengubah apa yang digunakan dalam tempoh berbulan untuk dicapai kepada dalam tempoh beberapa minggu sahaja. Dengan aplikasi analisis data yang baik dapat memberi maklum balas kepada anda tentang apa yang sepatutnya dilakukan dan membantu pekerja di lapangan. – MFM

 

“There is no perfect time in anything. Do not wait, the time will never be just right”.

 

– LEADERSHIP IS AN ACTION, NOT A POSITION –

 

INTelligent, INTegrated and INTeractive EHS Solutions (IntESH)