Benarkah pramugari dan krew kabin cenderung untuk mendapat risiko kanser?

Bila sebut pramugari, umum mengetahui bahawa seorang wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik, bentuk badan yang menawan dan senyuman yang manis. Betul ke setakat tu jek? Mungkin pembaca boleh tambah lagi dalam ruangan komen. Namun kajian baru-baru ni yang dibuat oleh Harvard T.H. Chan School mendapati pramugari kapal terbang adalah lebih berisiko untuk mendapat beberapa jenis kanser (Irina Mordukhovich et. al.,2018, Environmental Health, 17:49).

Seramai 5,366 pramugari penerbangan Amerika Syarikat dikaji selidik terhadap kesihatan, pengalaman kerja dan ciri-ciri peribadi mereka. Penyelidik kemudian membuat perbandingan kanser di kalangan pramugari dengan maklumat yang sama dari hasil kaji selidik daripada 5,000 penduduk Amerika Syarikat (berdasarkan sumber yang diperoleh daripada Kajian Kesihatan Negara dan Pemakanan Peperiksaan). Hasilnya menunjukkan bahawa pramugari cenderung menghidapi kanser termasuk kanser payudara, melanoma dan kanser kulit bukan melanoma.

Penemuan kami terhadap kadar kanser yang lebih tinggi di kalangan pramugari amat mengejutkan memandangkan berat badan pramugari yang rendah atau normal dan juga kadar perokok di kalangan mereka juga rendah. Hal ini menimbulkan persoalan tentang apa yang patut dilakukan untuk meminimumkan kesan pendedahan ini dan kanser di kalangan krew kabin,” kata Harvard, salah seorang rakan kepada penyelidik dalam sidang akhbar yang bertarikh 25 Jun 2018.

————————————————————————————————–

Tugas Safety and Health Officer (SHO) termasuk memastikan Kesihatan Pekerjaan Pramugari terkawal dan terjaga

————————————————————————————————–

Adakah Safety and Health Officer (SHO) terdapat dalam bidang penerbangan? Ehhh.. mesti ada, lagipun SHO cover semua bidang pekerjaan kecuali dua (2) bidang sahaja. Seorang SHO mesti peka dengan isu kesihatan pekerjanya. Oleh itu, artikel ini boleh membantu SHO untuk mengetengahkan pada pihak pengurusan tertinggi. Tidak terlambat lagi jika kajian ini baru disahkan berlaku di Amerika Syarikat. IntESH juga menawarkan konsultansi dalam bidang kesihatan pekerjaan juga. Jika SHO syarikat penerbangan tidak ambil inisiatif ini, siapa lagi nak jaga kesihatan pramugari? – MFM

– LEADERSHIP IS AN ACTION, NOT A POSITION –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *