Ayuh Seluruh Rakyat Malaysia “Memerangi” Risiko Wabak dan Jangkitan Penyakit Virus Covid-19

Sebelum Perdana Menteri Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 16 Mac 2020, didapati sesetengah masyarakat Malaysia masih kurang mendapat kesedaran, tidak peka dan masih mengambil kaedah tunggu dan lihat untuk mengurangkan pendedahan dan penyebaran virus COVID-19 atau mengambil langkah pencegahan awal. Manakala dalam tempoh 24 jam selepas Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, melalui pemerhatian daripada Menteri Pertahanan pula, didapati seramai 40% rakyat Malaysia tidak patuhi Perintah Kawalan Pergerakan! (Sumber : Public Health Malaysia). Tahukah anda bahawa kes pertama positif wabak COVID-19 dicatatkan di Malaysia adalah pada 15 Januari 2020?

Langkah Awalan : Cegah Wabak Covid-19 Bermula Di Tempat Kerja

Kebanyakan syarikat yang mempunyai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) telah mengambil langkah pencegahan proaktif di tempat kerja sejak Februari 2020. Pada 4 Mac 2020 pula, langkah-langkah pencegahan terhadap wabak jangkitan penyakit Coronavirus 2019 di tempat kerja telah dikuatkuasakan di bawah arahan Pematuhan Kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994. Antara langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh Majikan melalui nasihat Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) adalah :

  • Menjalankan penilaian risiko (risk assessment) bagi menambah baik prosedur;
  • Mengenalpasti pekerja-pekerja yang melawat ke negara-negara yang berisiko tinggi terkesan dengan virus COVID-19 dan membuat pemantauan kesihatan ke atas pekerja tersebut;
  • Mengenalpasti gejala setiap majikan dan pekerja bagi tujuan pengawasan kesihatan atau tidak benarkan memasuki pejabat untuk mendapatkan rawatan segera di hospital;
  • Semua majikan dan pekerja diminta menangguhkan dahulu perjalanan ke luar negara;
  • Meminta Majikan menyediakan alat perlindung diri yang sesuai kepada pekerja, pencuci tangan (hand sanitizer) di setiap ruang masuk premis atau bangunan dan menyediakan sabun di setiap tandas dan pantry;
  • Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) memberi latihan kesedaran tentang COVID-19 dan memberi latihan amalan tahap kebersihan tertinggi pada semua Majikan dan pekerja serta toolbox talk pada contractor dan visitor;
  • Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) memberi latihan amalan disinfectant spray pada cleaner bagi membersihkan tempat yang berpotensi disentuh oleh semua pekerja;
  • Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) memberi latihan penggunaan, penyimpanan dan pembuangan alat perlindung diri pada cleaner;
  • Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) menyediakan plan dan prosedur Crisis Preparedness and Response dan menubuhkan Crisis Management Team;
  • Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) menasihati Majikan untuk menguruskan Person Under Investigation (PUI);
  • Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) sentiasa mengemaskini segala informasi yang dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Di tempat kerja, pelbagai program dijalankan oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) bagi membendung penularan wabak ini. Namun tidak semua syarikat mempunyai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO). Apakah langkah awalan syarikat tempat kerja anda ambil?

Sehingga kini, masih belum ada penawar atau vaksin mengubati Coronavirus. Lebih membimbangkan lagi, tahap kesedaran rakyat Malaysia amat rendah dan di tahap yang paling membimbangkan walaupun World Health Organisation (WHO) telah mengisytiharkan  bahawa virus ini telah menjadi PANDEMIK (wabak merebak merentasi wilayah dan melibatkan ramai orang terdedah). Pada tahap ini, sepatutnya rakyat Malaysia telah memahami beberapa arahan pencegahan penularan wabak virus COVID-19 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti :

  • Menggunakan penutup muka – Walaupun tidak ada simptom tapi pada masa ini, anda perlu mengenakan bagi mengelakkan anda memegang muka dalam keadaan tangan tanpa steril;
  • Menganggarkan jarak 1 meter ketika beratur atau berada di tempat awam – Disebabkan COVID-19 penyakit berjangkit, elakkan untuk berada berdekatan di tempat awam;
  • Kerap membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer – Selepas memegang objek di rumah, di dalam kereta, di tempat kerja, di pusat membeli belah, di pam minyak atau dimana-mana sahaja;
  • Tidak berkumpul atau berada di tempat yang ramai orang dan elakkan bersalam tangan – Bagi memutuskan rangkaian jangkitan;
  • Memakan masakan yang dimasak dengan sempurna – Bagi memastikan makanan itu selamat di makan;
  • Etika menggunakan tandas awam – Tandas mempunyai kelembapan udara yang tinggi dan kerap dikunjungi orang. Langkah berhati-hati perlu dititikberatkan seperti mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer dan mengenakan penutup muka sebelum, semasa dan selepas menggunakan tandas awam.
  • Etika bersin – Membengkokkan siku ke hidung dan bersin. Jangan gunakan telapak tangan untuk menutup hidung kerana virus bole disebarkan di telapak tangan anda ke semua permukaan yang anda sentuh. Secara tak langsung, anda telah menyebarkan virus pada orang lain yang menyentuh permukaan itu.

Kajian Terkini (Setakat 19 Mac 2020)

Hasil kajian terkini daripada Journal of Hospital Infection menunjukkan bahawa virus COVID-19 boleh bertahan di udara sehingga 3 jam lamanya. Oleh itu, kita disarankan untuk kerap membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer kerana virus Corona ini boleh bertahan selama :

  • 5 hari pada permukaan objek plastik;
  • 4 hari pada permukaan kayu;
  • 4 hari pada permukaan kaca;
  • 4 – 5 hari pada permukaan kertas;
  • 48 jam pada permukaan besi;
  • 2 – 8 jam pada permukaan aluminium;
  • 8 jam pada permukaan sarung tangan getah.

Sumber : J. Hosp. Infect. DOI: https;//doi.org/10.1016/jhin.2020.01.022

Ikhtiar Di Malaysia

Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan untuk mengurangkan wabak besar merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar. Disamping itu memastikan orang ramai kekal di rumah dan mengurangkan aktiviti berkumpul dan berjumpa dengan orang lain. Malangnya hal ini tidak dituruti, bahkan terlalu ramai warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing. Kini, dapat kita lihat bahawa wabak ini telah dibawa ke kawasan kampung dan jumlah jangkitan positif setiap negeri kian meningkat. Hal ini telah diajar oleh Junjungan Mulia, Rasulullah SAW yang bersabda “Jika kalian mendengar ada wabak di suatu kawasan wilayah, janganlah kalian memasuki wilayah tersebut dan jika wabak tersebut terjadi di daearahmu maka jangan keluar darinya”; Hadis Riwayat Bukhari: 3214.

Perlu diingatkan bahawa doktor dan jururawat di hospital bertungkus lumus tanpa shif bagi memberikan rawatan pada pesakit yang positif. Perlu diingatkan bahawa, jika kita tidak membendung keadaan ini, jika kita tidak menjaga higien dan jika kita tidak mendapatkan rawatan segera jika mempunyai simptom, maka akan tiba masa apabila doktor perlu membuat keputusan untuk memilih siapa yang perlu diselamatkan. Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai peluang rawatan yang tinggi untuk baik.

Sejak dua (2) kematian pertama direkodkan di Malayisa diumumkan pada 17 Mac 2020, kita dapati bagaimana langkah-langkah pencegahan penularan wabak ini diambil oleh pekerja hospital. Ahli keluarga tidak dibenarkan melawat si mati bagi mengelakkan direct contact. Lebih menyayat hati, urusan pengembumian si mati juga dikawal ketat dan hanya dilakukan oleh pekerja hospital yang terlatih. Tidak dibenarkan saudara mara beramai-ramai datang menziarah. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibekalkan dengan full-suit cover all. Justeru, IntESH menyeru, seluruh rakyat Malaysia untuk tinggal di rumah atau “Stay at home”. Nampak mudah dan remeh tetapi ini lah caranya untuk memutuskan rangkaian penyakit. – MFM

– LEADERSHIP IS AN ACTION, NOT A POSITION –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *