Berapa Pentingkah Latihan Keselamatan untuk Syarikat Pembinaan Kecil

Pekerja buruh asing di tapak pembinaan yang diambil bekerja oleh syarikat-syarikat pembinaan kecil tidak menerima latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang sama seperti rakan-rakan mereka yang bekerja di syarikat-syarikat binaan besar, menurut satu kajian daripada NIOSH, Amerika Syarikat.

Para penyelidik menganalisis maklum balas daripada 268 wakil perniagaan pembinaan. Mereka mendapati bahawa pekerja buruh asing di syarikat pembinaan yang kurang daripada 50 pekerja menerima kurang latihan daripada mereka yang mempunyai 50 atau lebih pekerja buruh asing daripada syarikat pembinaan yang besar. Latihan yang sepatutnya merangkumi pelbagai kategori termasuk latihan arahan keselamatan pekerjaan, latihan keperluan undang-undang binaan< dan latihan asas untuk Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) selama 10 jam untuk industri pembinaan. Para penyelidik juga mendapati bahawa pekerja buruh asing di syarikat-syarikat kecil ini kurang penuhi setiap jenis latihan keselamatan. Selain itu, pemerhatian juga mendapati hanya 5.9% pekerja buruh asing di syarikat kecil menerima 11 atau lebih jam latihan induksi keselamatan – 38.2% menerima tiga hingga 10 jam dan 55.9% menerima dua jam atau kurang latihan induksi keselamatan. Bagi syarikat yang lebih besar, angka tersebut masing-masing 20%, 48.5% dan 31.5%.

Bagi latihan keselamatan setiap bulan pula, 61.8% daripada pekerja buruh asing di syarikat-syarikat kecil menerima dua atau kurang jam latihan bulanan berbanding 42.9 peratus di syarikat-syarikat besar. Isu bahasa pertuturan juga dititikberatkan, hasil pemerhatian mendapati 37.5% penyelia mengucapkan bahasa yang sama dengan pekerja buruh daripada syarikat kecil, berbanding dengan 68.9% syarikat besar.

Disini dapat menyimpulkan bahawa halangan dalam bahasa pertuturan perlu diatasi bagi meningkatkan keselamatan. Hal ini perlu disyorkan pada majikan untuk menyediakan sumber yang bersesuaian untuk mengurangkan risiko ini. Mungkin fokus termasuk komunikasi yang efektif melalui perbualan dan penyebaran bahan-bahan latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Sektor pembinaan menyumbang pada kes pendakwaan tertinggi dalam AKKP 1994 dan diikuti dengan sektor pengilangan. Hal ini jelas menunjukkan sesuatu tindakan perlu diambil bagi mengurangkan kes kemalangan, kecuaian atau melanggar apa-apa peraturan yang terdapat dalam AKKP 1994 oleh majikan. Orang-Yang-Kompeten (OYK) Pegawai Keselamatan dan Kesihatan atau Safety and Health Officer (SHO) yang berdedikasi menjadikan posisi dan peranan anda sebagai mata dan telinga Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) lebih berkesan dan bertanggungjawab. – MFM

– LEADERSHIP IS AN ACTION, NOT A POSITION –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *