Kata kunci: Kelayakan akademik; kelayakan kompetensi (profesional); sijil akademik; sijil kompetensi; teori; pengetahuan; pemahaman; pengalaman praktikal; amalan profesional
Sekiranya anda mencari pekerjaan, Curriculum Vitae (CV) atau resume anda tidak lengkap tanpa menyatakan kelayakan pendidikan anda, yang juga dikenali sebagai kelayakan akademik. Namun, pernah tak anda tertanya-tanya, apakah perbezaan antara Kelayakan Akademik dan Kelayakan Kompetensi?
Kelayakan akademik seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), diploma, ijazah serta pelajar dan graduan-graduan universiti dan kolej adalah melibatkan kajian subjek dengan disiplin akademik, pendekatan teoritikal yang terperinci dan khusus kepada isu-isu dan pecahan dari aplikasi pengetahuan setiap hari dan tumpuan pada penyelidikan (sehingga ke peringkat PhD). Laluan akademik memberi tumpuan kepada teori dan bukannya aplikasi praktikal. Mereka diiktiraf di peringkat global sebagai suatu standard pendidikan dan mengekalkan piawaian industri yang tinggi.
Berbeza dengan kelayakan kompetensi, sijil kompetensi atau profesional ini dikeluarkan oleh badan pengiktirafan tertentu bagi mengesahkan pemohon yang berjaya adalah berkelayakan dan berkebolehan dengan pengalaman yang mencukupi dalam persekitaran kerja untuk membuat keputusan operasi penting yang berkaitan dengan kedudukan atau jawatan mereka.
Tujuan kelayakan akademik adalah sumbangan kepada pengetahuan khusus pelajar tentang subjek tetapi tidak semestinya mengaplikasikan dalam pekerjaan. Manakala tujuan sijil kompetensi (profesional) adalah untuk memberikan pengetahuan, pemahaman dan pengalaman praktikal kepada peserta untuk membolehkan peserta menggunakan pengetahuan secara praktikal, dalam amalan profesional.
– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –
Ini jelas membawa kepada satu set kemahiran yang berbeza antara sijil akademik dan sijil kompetensi, masing-masing dengan tujuan dan konteks yang berlainan untuk dunia pekerjaan.
Kelayakan kompetensi mengesahkan pemilikan pengetahuan dan kemahiran penting dalam industri tertentu. Mereka memberikan waranti kepakaran, bukti prestasi, disebabkan sifat latihan dan fakta bahawa ia dibina atas analisis amali. Sebaliknya kelayakan akademik tidak mengesahkan kecekapan dan tidak berdasarkan analisa amalan sistematik atau formal. Ia hanya mengesahkan bahawa pelajar telah berjaya mempelajari teori di sebalik amalan tersebut.
Kelebihan utama untuk kelayakan akademik adalah mempunyai nilai kreativiti yang lebih besar dan keupayaan untuk melihat masalah dari sudut yang berbeza yang mungkin tidak pernah terlintas oleh minda profesional. Profesionalisme sering ditetapkan dengan cara yang betul untuk melakukan sesuatu tetapi mungkin bukan cara terbaik untuk melakukan ini dalam situasi tertentu. Kemahiran teori akademik membolehkan fleksibiliti pemikiran ini, namun penerapan fleksibiliti ini kadang-kadang dapat dicari. Kelayakan kompetensi dibina atas analisis amalan yang mentakrifkan individu yang disahkan perlu tahu atau dapat melakukannya. Tafsiran akademik pula jarang berdasarkan analisis amalan formal dan sistematik, yang bermaksud tahap kemampuan boleh berubah-ubah dan kadang-kadang menjadi “liar” walaupun memiliki kelayakan yang sama. Kelayakan kompetensi menawarkan pendekatan tersendiri, jika anda memiliki kelayakan ini, anda akan dapat melakukan x dan mengaplikasikan kepada y dan mendapatkan hasil z.
Hubungan antara kelayakan akademik dan kelayakan kompetensi adalah sangat siknifikan dan berkaitan antara satu sama lain. Tujuan sistem pendidikan adalah untuk melengkapkan individu dengan kompetensi yang diperlukan semasa kerja sekaligus melibatkan atau mengambil bahagian dalam masyarakat. Pendekatan yang lebih baik adalah dengan menggabungkan kelayakan akademik dan kelayakan kompetensi untuk menghasilkan tenaga kerja yang mahir yang mempunyai pengetahuan akademik tentang pekerjaan dan kemahiran dalam dunia pekerjaan sebenar dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
Kursus pensijilan kompetensi SHO dikawalselia dan dipantau oleh badan penguatkuasa iaitu Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM). Gelaran kompeten atau Orang Yang Kompeten SHO (OYK-SHO) diberikan pada individu yang telah berjaya (penggunaan bahasa layman):
i) menamatkan kursus pensijilan kompetensi SHO ditempat yang diikitiraf JKKP;
ii) lulus semua peperiksaan SHO di NIOSH;
iii) mempunyai 3 tahun pengalaman dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Gelaran OYK-SHO ini mesti diperbaharui melalui pendaftaran semula 3 tahun sekali termasuk mengumpul 90 mata program pendidikan berterusan atau dikenali sebagai Continuous Education Programme (CEP) dalam tempoh tiga tahun atau bersamaan 30 mata CEP untuk setahun. Tujuan CEP adalah untuk meningkatkan pengetahuannya mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 Bahagian IV Seksyen 16. Sekiranya anda hampir menemui titik tepu dalam kerjaya, atau memikirkan untuk peningkatan kerjaya atau mencari peluang dalam industri yang lain, jawapannya adalah industri keselamatan kesihatan pekerjaan.
– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – Sekadar renungan:
Pendidikan memberikan anda kelayakan untuk memasuki dunia korporat tetapi anda perlu memperoleh kompetensi di tempat kerja. Terdapat pendidik yang bukan memiliki PhD tetapi lebih unggul dan lebih tinggi ilmu daripada pemegang PhD kerana mereka mempunyai kompetensi, bukan kelayakan. Terdapat pelajar universiti yang gagal, tercicir dan berhenti tetapi merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer) sebuah syarikat terbesar di Amerika Syarikat dan tersenarai dalam majalah Fortune 500 (500 syarikat paling besar di Amerika Syarikat) kerana mereka mempunyai kompetensi, bukan kelayakan akademik. Oleh itu, mempunyai kedua-dua kelayakan akademik dan kelayakan kompetensi amat membantu dalam dunia pekerjaan yang amat kompetitif.
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment *
Name *
Email *
Website
Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.
Post Comment
Δ