Readings-en

Kajian Peranan Metabolisme dalam Kesihatan Kerja Syif Malam (Night Shift-Work)

Kajian baru-baru ini, diterbitkan pada 10 Julai 2018 dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences oleh para penyelidik di Washington State University (WSU) mencadangkan organ-organ individu dalam sistem pencernaan mengandungi ‘jam biologi’ yang berasingan yang boleh mempengaruhi metabolisme orang yang bekerja pada waktu malam seperti obesiti dan diabetes.

Untuk kajian itu, para penyelidik meminta 10 lelaki dan empat (4) wanita untuk mensimulasikan jadual kerja syif selama satu minggu di makmal WSU. Separuh daripada peserta memenuhi tiga hari kerja syif malam (night shift-work), manakala separuh lagi menyelesaikan kerja seperti normal. Selepas tempoh itu, para peserta tetap terjaga dalam postur separuh tidur selama tempoh 24 jam, mereka menerima makanan ringan yang sama kuantiti yang ditetapkan setiap jam dan mengambil sampel darah setiap tiga jam. Suhu bilik dan pendedahan cahaya adalah tetap (constant).

Para penyelidik menganalisis tahap 132 metabolit atau produk metabolisme, sepanjang tempoh 24 jam. Pemerhatian menunjukkan bahawa ritma metabolit dalam 24 jam yang berkaitan dengan hati, pankreas dan saluran pencernaan beralih kepada 12 jam selepas kerja syif malam. Walaubagaimanapun, keinginan otak masih berulang-ulang ‘menyatakan signal’ fungsi secara normal pada kitaran 24 jam (hanya beralih kira-kira dua jam), namun maklumat yang dihasilkan otak bercanggah ritma metabolit badan.

“Tidak ada yang tahu bahawa jam biologi dalam organ-organ pencernaan seseorang begitu banyak dan cepat berubah mengikut jadual kerja syif (shift-work). Walaupun secara normal, otak mempunyai jam induk tersendiri, namun otak nyaris tidak mampu menyesuaikan diri dengan jadual kerja syif tersebut,” kata Hans Van Dongen, penulis bersama dan profesor WSU. “Akibatnya, beberapa isyarat biologi di badan pekerja yang bekerja pada masa syif ini menghantar signal ‘ini adalah siang’ manakala signal lain pula mengatakan ‘ini adalah malam’, yang menyebabkan gangguan metabolisme.”

Penyelidikan sebelum ini menunjukkan bahawa pekerja syif malam biasa menghadapi peningkatan risiko menjadi obes atau berat badan berlebihan, keadaan yang dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, antara lain masalah kesihatan yang buruk. Lebih membimbangkan lagi, menurut Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dalam siding parlimen ke-14, satu daripada dua (1 : 2) rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti atau kegemukan (overweight). Tambahan lagi, Malaysia masih kekal sebagai Negara pertama yang mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia, menurut Prof. Mohamed Ismail Noor, Presiden, Pertubuhan Kajian Obesiti, Malaysia.

Persoalannya, adakah kerja syif malam mengakibatkan atau menyumbang kepada obesiti atau penyakit kardiovaskular? Sama-sama kita kupas dalam artikel akan datang. – MFM

– LEADERSHIP IS AN ACTION, NOT A POSITION –

INTelligent, INTegrated and INTeractive EHS Solutions (IntESH)

Leave a Reply

You have to agree to the comment policy.