Readings-en

7 TIPS UNTUK JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA YANG BERKESAN

Tahukah anda ? Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan merupakan Jawatankuasa atau Committee yang berdaftar di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( JKKP ). Namun jawatankuasa ini tidak ler se-popular fan club artis! Jawatankuasa ini tertakluk di bawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ) 1996 di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( AKKP ) 1994 ( Akta 514 ). Ini bermaksud, jika majikan gagal mematuhi peraturan ini, akan disabitkan pada Akta 514 yang membawa penalti yang ditetapkan oleh JKKP!

Pembinaan Sistem Keselamatan Bengkel Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan

TIP PERTAMA

Apabila membuat jawatankuasa, mulakan proses dengan matlamat serta-merta dan dalam jangka masa panjang, tetapi berhati-hati mengenai sasaran yang terlalu tinggi untuk permulaan.

TIP KEDUA

Tempat kerja terdiri daripada pekerja dengan kedudukan dan latar belakang yang berbeza. Pastikan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan anda terdiri daripada wakil majikan dan wakil pekerja. Yang paling UTAMA, pastikan Chairperson adalah dikalangan majikan yang boleh membuat keputusan contohnya Chief Executive Officer ( COO ), Managing Director atau sesiapa majikan yang mempunyai ‘kuasa mutlak’ untuk menentukan.

Safety Meeting

TIP KETIGA

Menyediakan latihan dan bahan untuk meningkatkan pengetahuan ahli jawatankuasa menjalankan tugas-tugas yang hakiki seperti dalam peruntukan peraturan di atas, selain dapat menjalankan penaksiran risiko dan langkah-langkah pencegahan yang betul.

TIP KEEMPAT

Membangunkan agenda mesyuarat beberapa hari lebih awal dan mengedarkannya supaya ahli jawatankuasa dapat menyediakan keperluan. Sebahagian daripada agenda harus memasukkan penetapan had masa.

TIP KELIMA

Pertimbangkan saiz organisasi anda dan jawatankuasa anda apabila memutuskan skematik kitaran terbaik untuk ahli jawatankuasa berikutnya. Penting untuk memilih ahli jawatankuasa yang mempunyai pelbagai perspektif dan cenderung untuk bekerja dalam kumpulan untuk membina sesuatu idea. Penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hanya akan berlaku jika ; terdapat empat puluh orang atau lebih diambil kerja di tempat kerja atau Ketua Pengarah mengarahkan penubuhan jawatankuasa sedemikian di tempat kerja.

TIP KEENAM

MAKE SAFETY FUN” antara idea yang boleh diusulkan pada majikan dan ahli jawatankuasa!

TIP KETUJUH

Cuba berhubung dengan industri lain dan lihat apa yang mereka lakukan di luar bidang anda. Sebagai contoh, jika anda dalam industri tapak bina ( construction ) lihat apa jawatankuasa keselamatan dan kesihatan lakukan untuk industri yang sama dan berlainan industri. Pertukaran idea amat penting untuk memastikan aspek pematuhan dapat dicapai mengikut undang-undang.

P/s: Perlaksanaan tip-tip ini juga boleh mendapat khidmat konsultansi daripada IntESH secara email pada firdausmaas@intesh.com.my.

– SPENDING A LITTLE BIT OF MONEY UP FRONT ON PREVENTION CAN SAVE YOU MONEY ON THE BACK END  –

INTelligent, INTegrated and INTeractive EHS Solutions (IntESH)